Kisah-Kisah Pelawak Yang Berkhidmat Untuk Istana
Seorang pelawak, jester istana, atau badut, menurut sejarah adalah golongan penghibur pada zaman abad pertengahan dan Zaman Renaissance yang merupakan ahli keluarga golongan bangsawan atau dilantik oleh keluarga diraja untuk menghiburkan Raja atau tetamu. Pelawak juga boleh menjadi seorang artisjalanan yang menghiburkan orang awam samada di pasar raya atau di majlis keramaian. Maharaja Lawak yang kita selalu tonton juga salah satu cabang bidang komedi. Tetapi apa yang hendak diceritakan kali ini adalah mengenai pelawak istana, mereka lebih dikenali sebagai “jester”, jika dalam karya romantisme antarabangsa, watak seorang jester juga biasa digambarkan sebagai watak seorang penghasut Raja. Berikut adalah beberapa kisah lagenda yang menceritakan tentang kebijaksanaa atau kelicikan seorang pelawak. Betapa besarnya peranan mereka ini hingga ada Raja pernah m4ti kerana ketawa tak henti-henti. Lagenda Triboulet Nicolas Ferrial, juga dikenali sebagai Le Févrial atau Triboulet (1479-1536...